Monday, 17 October 2011

Dukun Ita

Semalam Mak bawa jumpa Dukun Ita...
kata Ita jangan stress sangat, kurangkan atau hilangkan stress tuu!
Masalah aku ni perlu juga dibedah untuk penentuannya..
Namun akan menerima 3 keputusan....
Hidup dan sehat, hidup tapi sewel atau mati 
*
*
Ibuku masih buat solat hajatnya setiap lepas solat
Begitu juga aku...
Doa ibu sangat mujarab, tanganku hanya kebas sahaja dah
Yang berdenyut tu dah hilang banyak dah
Seronok bila ibu memegang dan memicit tangan dan lengan ku
Tentunya dia iringi dengan doa tu
Sungguhpun dengan titisan air mata
Ibu tetap ibu..dia mohon pada Tuhan supaya anaknya kembali puleh
*
*
Wahai ibuku sayang....
Hanya kau sorang saja yang betul2 menyayangi diriku
Apalah nasibku jika kau tiada
Pastinya aku sudah mati sekarang ni
I really love you
my ibu yang tersayang!!!
*
*
Hujung minggu aku perlu balik kampung sekarang ni
Dapat jumpa ibu, satu2 nya kasih sayang ori yang masih aku ada
Ibu masakan semua makanan kesukaan aku
Bukan apa2 pun atau mahal pun
Goreng pucuk ubi, masak ikan bilis santan, rendang maman, gulai pisang muda..
Namun kembali menggumbirakan hatiku yg sdg stress.
*
*
Yang utama..
Aku rasa tenang dan syahdu, manalah tahu
Benar Tuhan ambil nyawa ku seperti yang Doktor cakap
Dikuburkan berdekatan kampung halaman ku
Tempat ku dilahir dan dibesarkan...

No comments:

Post a Comment