Tuesday, 25 October 2011

High blood protein

High blood protein can be a warning sign of chronic inflammation or infection.
High blood protein levels have also been linked to certain bone marrow diseases.
Normally, your blood contains relatively small amounts of many types of proteins.
A sample of blood drawn from your vein can be tested to measure the amounts of these various proteins in your blood.
If your doctor suspects that you have a condition that causes high blood protein, he or she may order this blood test — called a total protein test.

High protein levels also may be discovered unexpectedly if a total protein test is included in a group of routine lab tests.

Monday, 24 October 2011

Blood Protein

Abah sehat dah, walaupun tangan kiri ni belum masih
berfungsi seperti sediakala. Dr Ng from SJMC talipon
abah pagi tadi, dia kata ''result'' darah yg dia hantar ke
Australia tu dah balik. Ada ''protein'' dikesan dalam darah
tu dan dia akan refer hal ni ke ''blood specialist'' kat PPUM
kerana kat sana ''free'' dan abah pun ada rawatan susulan
kat sana. Report dia akan siap dalam tempoh satu minggu
dan abah leh ambil dan bagi pada Dr Wong di PPUM. Abah 
nya appointment kat PPUM pada 21/11/2011 ni. 
 

Saturday, 22 October 2011

Mimpi

Salam Dimar,
Semalam abah ada mimpi katun.
Ingat tak nak bgtahu, tapi abah rasa elok jugak abh bgtahu.

Abah mimpi abh nampak Ili terbaring tepi pantai disatu tempat peranginan.
Mungkin tertidur kot...pastu abah nampak satu ekor buaya besar datang dari belakang dan menelan Ili.
Abah teriak kuat panggil Dimar, dan abah nampak Dimar datang berlari beri bantuan.
Abah nampak Dimar pakai baju gown berlari mendapatkan Ili.

Abah juga turun dari bukit terus mendapatkan buaya pasal masa tu buaya dah habis telan Ili.
Abah terjumpa kaca panjang dan terus membelah perut buaya sampai habis rabak.
Ili masih lelap, tapi dada dan perut Ili di bengkung dengan permaidani indah.
Ili selamat dan tiada sebarang kecederaan yang dialaminya.

Katun kan?
Tapi abah pesan jgn lah suka sangat makan angin tempat2 yang bahaya tu yer....
terutamanya tempat banyak binatang liar tu.
Abah terjaga dari tidur terus tak leh tidur lagi, pasal mimpi pelik sangat!
*
*
Ooooo....hehe....
ingat lagi dulu abah ada bagi tau mimpi dima gaduh ngan orang kat bukit...
masa tuh dima kat UM rase nyer....pastu rasenya dima pass exam kot...
kali nih tak sure la ape maksud mimpi abah....harap2 ili tak kene pindah ke selatan la kan...kalu tak dima, adam n asli kene la hantar blk mesia...

Takde, kiteorg makan angin tempat selamat semuanya...
ingat nanti ade rezki adam ngan adli dah besa nak bawak pi safari afrika,
kenya ker....hari tuh dima ada jugak plan nak bawak mama ngan abah pusing UK....
drive dr london ke scotland seberang ireland....sure sronok n adventure....
tapi tak tau la jadi kenyataan ker tak....:)
 
Abah camane, sihat tak?

Wednesday, 19 October 2011

Jangan tinggal Solat

Jgn tgal solat bah.
NsyAllah

Ikan bilis santan

Last nite balik dari kerja aku terus ke dapur
Ntah kenapa teringin pulak nak makan lauk ikan bilis santan
Aku pun baru saja makan pada hari Ahad sudah
Ibu yang buat masa aku berada di pondokku di kampung
Kemudian ada bakinya dan aku bawa balik ke KL
Memang sedap pun..terasa sangat lemak dan sedapnya
Petang Senin tu aku perabis semua!
*
*
Semalam teringin balik nak makan
Aku buat ler..kononnya macam masakan Mak tu
Bila masak aku makan..lorr masin lah pulak
Taklah sesedap yang mak masak
Tapi puas jugak hatiku
Aku dapat makan lauk ikan bilis santan
Campur pucuk ubi, terung....hmmmm
Nanti nak mintak mak buat lagilah
Masakan Mak naper lain yer
Lagi sedap dan ada umphhh..
Love you Mother

Apa kaba?

Asalam bah. Apa kaba?
Apa result darah abah + kata doc.
*
*
Wsalam Ida.
Belum dapat call apa2 lagi.
Tgn abah kebas2 je dan tak irritating sgt lg.
Tq
**

Tuesday, 18 October 2011

Ujian Darah

Salam Dimar. Result darah lom terima lg.
Denyut tu abis dah, tinggal kebas2 je lg.
Solat hajat uwan kot.
Dia tak penah miss buat solat hajat setiap lepas solat fardunya utk abh.
Mak tya gak smalam, 3 minggu abh dah sampai...
Tq Dimar
*
*
Mama tanya ape smlm bah?
3 minggu abah dah sampai tuh ape bah??
*
*
Sepatutnya abh dah mati kan? Naper abh hidup lg...
Abh kata doa Wan kot!
*
*
Ooo....igtkan aper td??
Ketentuan tuhan kan...doc hanya bole bg tau pendapat die,
tuhan yg lebih tau....
mcm doc kat tapah/bidor dulu la jugak kn....
yg pntg abah ikut ape doc suruh la, mkn ubat, buat test semer....
wan, anaak2 pon sentiasa doa utk abah....

Cerai

Malam tadi lepas makan aku releks kat hall diatas.
Kemudian, isteriku datang bawa surat
Katanya dia dah buka dah, surat dari Jabatan Ugama
Aku tak sempat baca...dia kata aku perlu datang bicara pada 3 Nov 2011 nanti
Bicara tentang tuntutan cerai/fasakh nya!!
*
*
Aku terus koyak2an surat tu lumat2 dan baling kat sofa sebelah dia
Dia kata kalau tak datang aku akan ditangkap
Aku jawab..lantaklah!
Naper aku mesti hadir bila dia nak minta cerai/fasakh dariku!
Jabatan Ugama leh terus jatuhkan hukuman walau pun aku tak hadir!!
*
*
Pastu dia tanya pasal 3 minggu akhirku...
Apa cerita dan perkembangannya..
aku cuma jawab itu urusan abang, sayang tak perlu tahu!
Dia nak tahu jugak katanya....
Tak payahlah..nanti sayang tuduh abg mintak simpati lagi dari anak2!!
*
*
Aku beredar ke bilik tidur dan terus solat Isya dan solat sunat hajat
Itulah yang mampu aku buat sejak 3 minggu lepas
Memohon restu dan bantuan dari Tuhan
semoga penyakitku sembuh dan diberi peluang lagi utk hidup.
Malam tadi aku sedar isteriku tidur awal dari biasa
Selalunya pukul 1 atau 2 masih bersembang sembang lagi kat luar
Ngan anak bongsunya...
*
*
Last nite was the nite that i hate to remember!
Nothing compared to your own mother...love, caring and thoughtful!
I love you Mum  

Doa Mak

Okla tu bah....doa mak kan....
abah ikut jer nasihat doc tuh kan....
raya haji abah raya mane??

Monday, 17 October 2011

Dukun Ita

Semalam Mak bawa jumpa Dukun Ita...
kata Ita jangan stress sangat, kurangkan atau hilangkan stress tuu!
Masalah aku ni perlu juga dibedah untuk penentuannya..
Namun akan menerima 3 keputusan....
Hidup dan sehat, hidup tapi sewel atau mati 
*
*
Ibuku masih buat solat hajatnya setiap lepas solat
Begitu juga aku...
Doa ibu sangat mujarab, tanganku hanya kebas sahaja dah
Yang berdenyut tu dah hilang banyak dah
Seronok bila ibu memegang dan memicit tangan dan lengan ku
Tentunya dia iringi dengan doa tu
Sungguhpun dengan titisan air mata
Ibu tetap ibu..dia mohon pada Tuhan supaya anaknya kembali puleh
*
*
Wahai ibuku sayang....
Hanya kau sorang saja yang betul2 menyayangi diriku
Apalah nasibku jika kau tiada
Pastinya aku sudah mati sekarang ni
I really love you
my ibu yang tersayang!!!
*
*
Hujung minggu aku perlu balik kampung sekarang ni
Dapat jumpa ibu, satu2 nya kasih sayang ori yang masih aku ada
Ibu masakan semua makanan kesukaan aku
Bukan apa2 pun atau mahal pun
Goreng pucuk ubi, masak ikan bilis santan, rendang maman, gulai pisang muda..
Namun kembali menggumbirakan hatiku yg sdg stress.
*
*
Yang utama..
Aku rasa tenang dan syahdu, manalah tahu
Benar Tuhan ambil nyawa ku seperti yang Doktor cakap
Dikuburkan berdekatan kampung halaman ku
Tempat ku dilahir dan dibesarkan...

Dr Arab

Wsalam Dimar. Sorry lambat reply, kedit abih.
Dapat apptmnt ngan Dr Arab. Dia akan buat sp study kes abh ni.
21/11 giliran abh buat neuro test.
Dia cuma surh abh serah pd Tuhan jer.
Klau ubat 'riluzol' tu buat abh stress, dia suh abh stop mkn ubat tu.
Bukan ubat yg menentukan hidup mati abh.
Dia suh mintak pd Tuhan jer.
Dia yakin bukan 'mnd' tapi 'spinal' poblem. Tq Dimar.

Fisio

Ooo ye ker....
makna nyer selain ubat...fisio die tk suh buat ker?
Tkper ok tuh doc tuh nak buat neuro test, abah pegi jer,
kire usaha jugak tuh...
yg lain kiter doa kat tuhan....
abis skrg abah rase mcmane banding mase mula2 dulu,
ade kurang ke sama jer?
Kate results darah tu dh kuar ker?

Sunday, 16 October 2011

salam

Salam abah........
apa doc kata jumpa hari tuh?

Wednesday, 12 October 2011

Ops

Sori abah, kredit telefon abis hari tuh...
esok nak chck skali lg la yer...
bg pendapat dima kalu bole try ubat ngan fisio dulu lg bagus...
ops tuh last choice la kan...
bahaya kan risiko die...
ikut abah la camaner kan...ape2 bg tau la esok....take care...:)
*
*
Salam Dimar. Besok abh gi PPUM.
Buat MRI lg dan tgk camner pulak. Dr Wong kata dia simpati ngan abh.
Dia akan bncg ngan bôs dia habis2an dulu sebelum nak buat ops
*
*
Oo...doc kat sjmc ker dah pegi UH?
Oo...masih nak ops jugak ker...
kalu dah kurang sakit tk bole ket cara lain...
physio ker ubat ker??

Tuesday, 11 October 2011

PPUM

Abah esok appt ngan doc kan??
Pegi hosp maner?
Dgn sape pegi?
Adik konvo esok....
*
*
Salam Dimar.
Bkn semalam, 6/10 aritu. Kena follow-up pd 13/10 ni. Third opinion dah.
Dia Dr biasa jer, dan promis nak syorkan kat boss dia utk ops.
Tak skt sgt dah.
*
*
Salam Dimar. Abh gi PPUM pd 6/10 aritu. Ada 3 cara, fisio, medication dan ops.
PPUM dan SJMC berlainan pendapat. 13/10 ni ppum buat MRI sekali lg.
SJMC tggu result darah jer, 15/10 mgkin tahu.
Tq for the concern.
*
*

Just pondering...

I have yet to repay my mother's kindness, sacrifices, love and care..
It's these small things that I would regret not doing, if I knew my time had come..

Each day, each hour, each minute, is special.

Someone cares for you and because, probably, there's someone you care about.
'One of these days' , remember that 'One day' is far away... or might never come.....

Sunday, 9 October 2011

Acupuncture


Semalam aku balik kampung..
Mak bawa aku berubat di kampung..mulanya dukun Melayu kemudiannya
jumpa kedai ubat Accupunture Cina, maka berehatlat lepak kat kedai ni sekejap

Sensei memang Cina tapi dah memeluk ugama Islam lama dah
Isteri dia pun Melayu, berasal dari Kelantan
Sensei telah melumatkan minyak kat lengan dan belakangku
Kemudian dengan pantas dia benamkam 9 batang jarum
Tiga batang dilengan dan 6 batang di belakangku
Kemudian dia biarkan jarum itu terpacak untuk 30 minit baru dicabut

Alhamdullillah lepas tu memang hilang semua denyutan di lengan ku
Aku juga dibagi makan ubat 5 biji sekali makan untuk 2 hari
Sensei mengenakan RM60 untuk perkhidmatan ACCUPUNCTURE ini

Friday, 7 October 2011

Melobalamin 500

Semalam Doktor Wong ada prescribekan untuk ubat Melobalamin,
namun Bhg Pharmacy PPUM tidak ada Stock ubat ini. Alangkah kecewanya aku!!
Aku kena beli kat Pharmacy Swasta...tapi tak mampu, mahal!
RM80, aku takder duit skang ni!
Nanti dapat gaji aku akan beli yer.....!
Mintak2 janganlah berdenyut tu melampau lampau sangat!
Apa apa pun aku masih boleh tanggung
sakit sekarang ini!

Appointment at PPUM

Semalam aku pergi jumpa Doktor kat PPUM.
Appointment ni dibuat pada 25/09/2011 dulu. Tu pun setelah tawar menawar dengan kerani kat Ortopedik PPUM tu, ader ker dia nak bagi aku jumpa Doktor pada bulan Dec 2011. Aku kata kalau tarikh tu aku mmg dah takder dah...habis2 dia kesian dan bg secepat mungkin pada 6/10/2011.
*
*
Maka semalam berjumpalah dengan Dr Wong Yie Dee dari Bhg Ortopedik PPUM.
Banyak jugak ujian yang dia buat dan juga dia tengok jugak
X-Ray2 dan MRI Scan dari MEDC dan SJMC.
Dan ada jugak kegembiraan yang dia beri padaku.
Katanya lapuran Doktor dari SJMC contradicting dan mungkin diagnose dia tak tepat.
Huh.. lega aku, terlepas dari diagnosis 'motor neuron disease'.
Namun Doctor Wong ni adalah Doctor bawahan lagi, namun dia janji akan
usulkan kapada boss dia dengan findingnya ini.
Dia sangat simpati padaku...agony dan trauma ku menghadapi mati!!!
Maka aku kena jumpa dia lagi pada 12/10/2011 di PPUM untuk buat
MRI yang baru. Kata Dr Wong, MRI yang dibuat kat MEDC tak terang!
*
*
Dr Wong pun ada kata, kemungkinana masalah aku adalah kerosakan 
vertebrae aku yang numbor3,4,5,6, yang mana ianya telah menghalang urat-saraf aku
berjalan/bergerak lancar. 
Dengan pembedahan ianya boleh membetulkan keaadaan kembali dan aku boleh hidup lagi lama..
Hoooraayyy, alhamdullillah syukur....
aku tak mati! Aku masih ada peluang untuk hidup!
Ni pasti doa restu ibuku yang sejak kebelakangan ini dia sangat bersedih apbila
mengetahui aku akan mati. Dia sayang sangat kat aku, satu2nya manusia yang masih
dan kekal menyayangi aku dunia dan akhirat!!!
*
*
Balik dari PPUM petang semalam otak aku berasa rengan,
rasakan dunia ni balik cerah bagiku, masih ada sinar mentari!
Aku tidur nyenyak dan mensyukuri rahmat Tuhan pada ku.
Aku amat bersyukur pada Mu wahai Tuhanku!
Harapan tu walau kecil sebesar biji sawi, namun ianya tetap memberi
ketenangan bagi jiwaku!

Tuesday, 4 October 2011

Blood test

Asalam. Cne result darah bah?
Ada apmen dgn doc goh ppum pegi jgn x g pula
*
*
Résult tu lambat lg, 15th sok br taw.
PPUM pd 6/10 ni. Mak kata mesti gi jugak.
*
*
Elok la pegi. Ida otw ke phang. Buat rumah.jga dri bah

*
*
Tq, take care! I love you Sayang!

Sunday, 2 October 2011

Rayuan

Salam Dimar,
abh mintak tolong sgt2,
Dimar takyah lah bgtaw Mak pasal abh yer.
Mak marah abah pasal menipu/menyusahkan Dimar.
Abah sehat dan sakit abh tak ada pe2.
Pl jgn bgtahu Mak yer!
*
*
Sori abah...
dima tanya mama sbb mama lg terer bab2 hosp nih kan...
mmg dr kecik lg kiter satu family refer kat mama...
dima risau la sbb dima jauh...
tuh dima nak mama amik tau psal abah jugak...
ok...nnti dima tk tanya mama...
abah bg tau la kalu aper2...
mcmane rase tgn tuh..
ade kurang tak ker sama jer??
*
*
Tq Dima, abh ok jer, pl jgn risau yer!

Saturday, 1 October 2011

Mimpi

Abg,
syg mimpi kita bdua brenang kt tgh lautan.
Pas2 jmpa kapal besar sgt.
Pastu kita dok kt kapal 2 bdua.
Sronk sgt masa 2 kita bdua je spend time tgk lautan biru.
Huh bes